Sabtu, 9 Mei 2015

Beza MRTA & TAKAFULINK

Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Takafulink bagi tujuan perlindungan hartanah anda.....

MRTA Vs Takafulink

Untuk pengetahuan semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang terunggak.

Ciri-ciri MRTA adalah seperti berikut.
1. Bayaran lump sum (sekali gus). 

2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan). 
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman. 
7. Tiada nilai tunai.

Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi. Macam mana?.....Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.

Bagaimana takafulink boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA/MRTT?

Cuba kita lihat ciri-ciri takafulink.

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.
2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.
7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.
Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%. Sila rujuk "allocation premium takafulink" di sini.

Biar saya tunjukkan dalam bentuk graf, mungkin lebih membantu.


1. Gambarajah di bawah ini adalah graf pinjaman dengan MRTA. Peminjam meninggal sebelum pinjaman dilunaskan.

MRTA akan bertindak sebagai perlindungan kewangan kepada pinjaman kita. Jumlah perlindungan akan menurun mengikut baki pinjaman kita. Premium perlu dibayar sekaligus dan biasanya bank akan tawarkan pinjaman dan apabila premium tersebut dimasukkan ke dalam pinjaman, ia juga akan dikenakan interest. So, bank akan dapat untung lebih hasil dari interest premium MRTA tersebut.

Sekiranya berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar ke bank dengan menggunakan pampasan MRTA. Pewaris tidak perlu membayar baki pinjaman yang tertunggak selepas kematian peminjam.

2. Pinjaman dilunaskan sehingga habis tempoh meminjam dan tiada kematian berlaku.



Sekiranya tiada kematian berlaku sehingga tempoh akhir pinjaman, duit MRTA tidak akan dipulangkan, dan rumah tersebut menjadi hak milik peminjam

3. Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.

Berbeza dengan Plan Takafulink, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium boleh dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil plan MRTA dan tidak terdedah dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.

Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan tersebut boleh digunakan oleh pewaris terutama sekiranya yang ditinggalkan adalah isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yang masih kecil. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.

Selain itu, waris juga dapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takafulink pada tahun kematian.

4. Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.



Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat pulangan pelaburan. Lihat graf dibawah.



Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekan. Lihat graf di bawah.


Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai MRTA Vs Takafulink atau Prulink nie, boleh contact saya di 011 27697253 (Aliza Ngah Rawi) atau email ke alizaprubsn@gmail.com


Ummahlink



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bulan 5hb October, 2014. PruBSN dengan rasminya melancarkan plan Takaful berkaitan dengan Pelaburan baru yang bernama PruBSN UmmahLink



Screen Shot 2014-11-10 at 11.06.05 AM


Plan ini merupakan plan yang sangat UNIK sebab ada beberapa features yang istimewa...iaitu ia terdiri dari 3 AKAUN UTAMA

1. Protection Unit Accaount (PUA) : Ini adalah account protection (coverage takaful). Perlindungan istimewa iaitu BAYARAN 2 KALI GANDA dari segi pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan sekiranya client meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan ketika menunaikan haji atau umrah.

2. Investment Unit Amount (IUA) : Ini adalah account investment (yang dilaburkan dalam unit amanah Dana Takaful PruBSN (Ekuiti, Urus atau Bond).

3. Cash Unit Account (CUA) : Ini adalah satu account yang sangat special sebab client boleh dapat duit CASH PAYOUT 2 tahun sekali, serendah RM 500 dan seterusnya RM 1,000, RM 2,000...bergantung kepada caruman bulanan. Selain itu, duit dalam account CUA ini juga akan dimasukkan dalam ACCOUNT SSP (Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional)...yang melayakkan client untuk mendapat cabutan SSP BSN..termasuklah cabutan kereta mewah dan sebagainya. Selain itu, client diberikan pilihan untuk memindahkan duit CASH PAYOUT tu ke account Tabung Haji (TH)...

Disclaimer : PruBSN tidak menyediakan sebarang perkhidmatan pendaftaran account tabung haji atau pergi menunaikan haji atau umrah. PruBSN hanya membuat pindahan wang (CASH PAYOUT) ke dalam account tabung haji peserta / client. Sebarang urusan dengan pihak Tabung Haji adalan tanggungjawab client. Harap maklum.

Anda boleh sign up plan ini bermula dengan caruman RM 150 sebulan dengan jumlah cash payout setiap 2 tahun sebanyak RM 500. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma atau penerangan mengenai plan ini, boleh hubungi saya di talian 011 27697253 [aliza ngah rawi]  atau pm facebook saya di www.facebook.com/kasihaliza atau email : alizaprubsn@gmail.com.

Nota : Saya akan tambah lagi maklumat mengenai plan UmmahLink pada masa akan datang. In sya Allah.

Untuk download brochure UmmahLink


Download Ummahlink Infogram 








Untuk agent2 PruBSN Takaful, boleh lihat video Training Ummah Link di bawah untuk penerangan lanjut. 


UmmahLink Training Part 1





UmmahLink Training Part 2






UmmahLink Training Part 3


PruBSN UmmahLink Infogram Upload.001 

Harap dapat membantu anda untuk buat sales dan bantu ramai umat islam di luar untuk mendapatkan plan takaful yang terbaik. So, sampaikan dengan penuh keikhlasan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. In sha Allah, kita beroleh keberkatan....AMIN.

morocco 2

rvytrcuyctbucu6u6

morocco

jalan

Ahad, 8 Jun 2014

Apabila kita jatuh sakit

Apabila kita jatuh sakit

 

Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang maLaikat :

✦ MaLaikat pertama akan mengambiL seLera makanan.
✦ MaLaikat kedua akan mengambiL rezeki.
✦ MaLaikat ketiga akan mengambiL kecantikan wajah (muka pucat).
✦ MaLaikat ke-empat akan mengambiL dosanya.


ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh maLaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi baLik apa yang diambiL oLeh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh maLaikat keempat supaya memberi baLik dosa hamba-Nya tersebut. .

# Lihatlah bertapa sayangnya ALLAH terhadap kita,

~Sebaknya bila mengenangkan kasih sayang Allah swt yang tiada tandingnya kepada kita semua..

Kenapa terlalu lewat apabila bersara nanti?

Kenapa terlalu lewat apabila bersara nanti?


Saya harap entri ini akan menjadi panduan kpd semua sahabat di luar sana ye. Ramai yang bertanya saya kenapakah premium bulanan mahal sedangkan usia semankin pendek?

Perkiraan adalah di atas beberapa faktor.

1) Bayaran bulanan adalah berdasarkan usia. Jika seseorang individu itu semankin berumur, ini bermakna, Premium (bayaran bulanan) akan menjadi tinggi dan mahal. Paling kurang RM500 sebulan.

2) Permohonan insurans/takaful juga berdasarkan status kesihatan semasa. Jika anda sudah disahkan oleh doktor menghidap penyakit kronik, kemunkinan besar permohonan anda akan ditolak.

Anda mungkin bersara sebagai jutawan dari duit simpanan atau KWSP tetapi tetapi tiada makna yang indah andai duit itulah yang akan anda gunakan sbg dana sakit anda yang munkin akan habis dalmmasa beberap bulan shj. Nah.....! Disinilah peranan Takaful. Biarkan kami membayar  segala bill hospital anda dan duit simpanan anda itu biarkan berganda dan anda  digunakan utk menikmati saat2 indah di hujung usia.

Percaya atau tidak?

***Saya telah berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas yang berjumpa saya untuk memiliki Perlindungan Takaful dan Medikal Kad. Jika mereka sihat memang tiada masalah dan di alu-alukan, tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti diabetes atau darah tinggi, permohonan mereka pasti akan ditolak. Bukan shj oleh kami malahan syarikat Takaful/Insuran yang lain.

Mengapa mereka ingin memiliki medical kad? Kerana mereka sedang dalam situasi menanggung bebanan membayar sebanyak RM30K - RM40k setahun untuk bil medikal mereka.
Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak ambil medikal kad?

Jawab mereka “Selama ini, segala bil klinikal, pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat mrk bekerja. Rawatan diabetes shj RM70K semua dibayar oleh syarikat. Mrk juga dlm keadaan yg selesa kerana tidak mengeluarkan kos langsung.

Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes tetap  ada dan perlukan rawatan berterusan.  Sekarang anda mempunyai masalah besar.

Anda tahu berapa kos perubatan di hospital swasta?

1. H1N1 – 3 hari – RM3400
2. Dialisis buah pingang – RM130 per sesi (13 sesi diperlukan sebulan)
3. Pembedahan salur darah tersumbat (Kolestrol)- RM90K
4. Denggi – 7 hari – RM4100

Jika anda mempunyai medical kad dari Prudential Bsn Takaful, semua di atas akan ditanggung sepenuhnya kerana  Prudential Bsn Takaful mempunyai  limit sehingga RM4Juta seumur hidup.

Nasihat saya... usah biarkan hidup anda di belenggu keperitan hidup.



Dapatkan quotation 100% free dari saya, cuma sertakan

Nama
Tarikh lahir
Pekerjaan
Merokok/tidak merokok


~ Aliza Ngah Rawi ~
011 27697253

Bagaimana Hendak Jadi Kaya?

Bagaimana Hendak Jadi Kaya?


Percaya atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah berpunca dari sebab sindrom ‘tak mahu  kaya’? Ok, apa maksud saya?

Maksud saya adalah, jauh di sudut minda kita, mempunyai apa yang dikatakan sebagai “penghalang kekayaan” dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.

Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering sebut, “Duit banyok pun tak boleh bawok kubo”  (sah orang Perak!) di alih lorat Perak menjadi “Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur”.  Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya raya, tamak, sombong dan bongkak. Di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah pula, kawan-kawan (dan saya juga- pengakuan!) sering mengejek ‘anak orang-orang kaya’.  “Eleh, tengok anak orang kaya tu… macam bagus!”

Tak membantu juga, apabila dewasa membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar putih terpapar meibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.

Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang kekayaan. Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu lebih memberi impak kepada pemikiran kita.

Keadaan ini akan membuatkan kita takut pada wang, tak mahu bercakap tentang wang, dan sehingga tidak mahu ambil tahu perihal pengurusan kewangan. Buktinya, tidak ramai yang membincangkan perihal kewangan dan matlamat kewangan bersama keluarga. Ada juga keluarga yang menganggap topik ‘wang’ sebagai seuatu yang pantang disebut!

sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/

~ Aliza Ngah Rawi~
011 27697253
http://syariahmedikalkad.blogspot.com

 



$$$$$

Cerita pasal TEMPE

CERITA PASAL TEMPE

Saya nak share sebuah cerita yang mungkin boleh memotivasikan atau memberi panduan kepada anda. Harap anda dapat baca kisah ni sehingga habis.   Kisah ini adalah petikan wall post yang di share di Facebook yang terkesan di hati saya. Ianya berkenaan tempe.



Kisah ini berlaku di Indonesia, terdapat seorang wanita yang rezekinya memang bergantung pada menjual tempe semata mata. Untuk pengetahuan anda, wanita ini juga memang kuat beribadah
dan tak pernah tinggal solat malam (qiyamulail).

Disebabkan kesibukkan beribadat, suatu hari beliau terlambat siapkan tempe tersebut.Akibatnya, tempe yang sepatutnya dijual pada hari itu hanya separuh masak sahaja.

Lalu perempuan itu risau bagaimana dia ingin mendapatkan wang untuk hari tersebut untuk menyara keluarganya? Kerisaunnya hanya Allah sahaja yang tahu!

Apa yang beliau lakukan, beliau berserah sahaja pada Allah dengan berdoa sepenuh hati dan yakin dengan sesungguh-sungguhnya... "Ya Allah, kau bagilah tempe aku ini masak."

 
Dengan doa ringkas tersebut, dia terus mendapatkan tempenya yang dibalut dengan daun pisang dan dibukanya perlahan-lahan. Alangkah kecewanya, tempenya masih tak masak.

Dia masih tak berputus asa pada Allah, lalu sekali lagi menadah tangan dan berdoa pada NYA dengan lebih spesifik lagi. Pada beliau tadi mungin doa yang dipinta tu tak spesifik kot. So perempuan tersebut berdoa ...

 "Ya Allah, engkaulah yang maha berkuasa atas
segala sesuatu. Tolonglah daku, kau jadikanlah
tempe ini masak selepas aku habis berdoa ini
sebab aku nak berniaga di pasar untuk anak-
anakku...tolong lah aku, Ya Allah"


Dengan penuh harapan dan hati yang berdebar-debar, dia membuka helaian daun pisang yang
menutup tempe itu. Alangkah terkejutnya, tempe tak masak juga...Adehhh macamana nak
buat ni...

Perempuan tersebut tak berputus asa dan percaya Allah akan menolongnya juga nanti
dan memang CONFIRM nanti tempenya akan masak juga.


Tanpa berfikir panjang, dia membulatkan tekad untuk terus ke pasar walaupun tempenya
masih belum masak. Dalam perjalanan ke pasar, dia tidak pernah berhenti untuk meminta dan
berzikir pada Allah. Harapannya menggunung tinggi!


Sampai sahaja di pasar, perempuan ini menghampar tikar dan mula menyusun tempenya.
Dia mengambil sebiji tempe dan mula membukanya dengan perlahan. Hatinya betul-betul yakin
kali ni, Allah takkan menghampakan aku. PASTI!


"Haaa??? Tak masak juga?" Alangkah terkejutnya perempuan itu, tempenya masih juga tak masak sampai sudah. Dia bersedih sendirian.


Kelihatan ramai peniaga lain yang menjual tempe satu per satu sudah mula berkemas
untuk pulang kerana masing-masing berjaya menjual kesemua tempe mereka.


Lama kelamaan pasar menjadi lengang dan perasaan perempuan tadi yang penuh harapan
kini semakin lemah dan berserah "mungkin ada hikamahnya ni".


Dengan perlahan dan rasa berat hati, dia mula mengemas. Ketika sedang berkemas, datang
seorang perempuan dan bertanya padanya...

 
"Makcik ada jual tempe tak masak?"

 
terkejut perempuan itu dan dalam tak percaya kerana selama dia meniaga di pasar tersebut,
tidak pernah sekalipun ada orang datang bertanyakan untuk membeli tempe yang tidak masak!

Yang paling BESTnya tempe beliau diborong habis kerana perempuan yang membeli ini ingin
menghantar tempe ini kepada anakya yang sedang belajar di London.


Begitulah hebatnya, kuasa Allah! Kadang-kadang kita fikir yang kita dah rancang yang TERBAIK, ketahuilah bahawa perancangnNYA jauh lebih hebat!
Moral of the story is, percayalah pada dirianda kerana setiap yang berlaku itu ada
hikmahnya yang pada akhirnya akan memberi kebaikkan yang kita tidak sangka.


Saya harap anda  dapat sesuatu dari apa yang saya kongsikan ini.
Terima kasih kerana membaca :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika anda mahu tahu potensi kewangan & kekayaan terus kekal dan di warisi keturunan anda  walaupun anda telah tiada di DUNIA ini, sila hubungi saya

~~ Aliza Ngah Rawi ~~
011 27697253
http://syariahmedikalkad.blogspot.com/ 
LIKE ☞ TAG ☞ SHARE ☞  http://www.facebook.com/LeezForLifeSuccess  

Sabtu, 30 Mac 2013

PruBSN Takaful

PruBSN Takaful Berhad







“Diwajibkan keatas kamu apabila seorang diantara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf (adil dan baik). Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”   

Surah Al-Baqarah, Ayat 180(Wasiat)



„Dan orang-orang yang akan meninggal dunia diantara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat kepada isteri-isterinya iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah sendiri, maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka membuat ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana “ 
                                                                                                                                                  


Surah Al-Baqarah, Ayat 240
(Wasiat untuk isteri dan muta’ah)


DEFINISI TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan Hukum Syariah.


Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dimana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi tujuan itu.


Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang bermaksud untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya memberi erti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang member makna memelihara dan menjaga.


Pada asasnya, system takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan saling membantu dikalangan pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan dikalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun (saling bekerjasama).

Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikut amalan dan peraturan Islam diantara peserta-peserta yang berpakat dan bersetuju untuk sama-sama menanggung kerugian atau kehilangan. Berpandukan pada semangat perpaduan ini, maka dapat disusun suatu sistem amali yang mementingkan prinsip saling bertanggungjawab, saling bekerjasama atau bantu-membantu dan saling lindung-melindungi antara satu sama lain.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong atau menyediakan bantuan pada mereka yang ditimpa musibah. Islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.
Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

1- Dalil Kerjasama:
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain”
Riwayat Imam Ahmad & Imam Abu Daud

2- Dalil Tanggungjawab:
“Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesame mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya”
Riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim

3- Dalil saling melindungi:
“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan”
Riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim

Berdasarkan hadith-hadith di atas juga, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan kensep takaful sebagai kaedah terbaik memenuhi tuntutan ini.


8 SEBAB UTAMA Menapa Anda Harus Memilih Prudential BSN Takaful?






1. Pengalaman 154 tahun di dunia dan 88 tahun di Malaysia. Jika ditanya hospital pakar contohnya  Ampang Puteri, Gleaneagles, SJMC, Takaful apa yang membayar claim bil hospital dengan cepat, (good pay master)…mereka akan jawab "Prudential BSN Takaful".



2. Prudential BSN merupakan syarikat antarabangsa yg mempunyai kepakaran insuran yg mendapat lesen takaful di Malaysia (bergabung dengan BSN 51% saham, Prudential 49%). Sebab itu kena pilih syarikat yg kukuh, ada jaminan syarikat akan tetap wujud walau beratus tahun akan datang.



3. Satu-satunya syarikat yang mencatat rekod jualan tertinggi di Malaysia melebihi RM 1Billion. Apakah maksud disebalik angka ini? Sudah tentu kepercayaan terhadap produk dan servis syarikat.



4. Produk komprehensif. Ada investmet, retirement, education, medical card, investment link, takaful dan saving.



5. Syarikat takaful pertama menawarkan plan medical card, pelaburan, pendidikan,pesaraan,dll



6. Kadar keuntungan tinggi tahun 2007- 33%, sila lihat majalah Personal Money Jan 2008.



7. Prudential kerana kepakaran 154 tahun dan BSN syarikat milik kerajaan..”



8. Agen yang berdedikasi serta terlatih sedia mendengar dan memahami keperluan anda dalam memilih pelan takaful yang bersesuaian.



Jadi sekiranya anda tercari-cari apakah produk takaful yang dapat memenuhi keperluan perlindungan takaful, laman ini adalah untuk Anda dan InsyaAllah saya akan sedia membantu melengkapkan keperluan anda.