Dikala memerlukan, kami sentiasa bersama anda.
Takaful adalah suatu konsep saling membantu yang berasaskan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berdasarkan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain apabila diperlukan.
Kerana anda patut menerima yang terbaik
Ramai antara kita tidak sedar tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Kita sering mendengar tentang berlakunya peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka hampir setiap hari di dalam kehidupan seharian kita. Berapa kerapkah anda mendengar rakan atau ahli keluarga yang jatuh sakit, dan mendapati dirinya disahkan mengidap penyakit kritikal?
Tanpa perlindungan yang secukupnya, kita kadang kala berasa tidak berdaya apabila dilanda musibah. Bersiap sedia dengan satu perancangan kewangan adalah satu langkah bijak yang perlu diambil sekarang. Hidup anda amat berharga. Bukan hanya kepada anda, tetapi juga kepada mereka yang anda kasihi. Satu perancangan kewangan yang baik akan membantu anda di saat memerlukan, membolehkan anda memberi tumpuan untuk pulih, manakala hal-hal lain diuruskan untuk anda.
Temui satu pelan kewangan yang memberi anda yang terbaik
PruBSN CrisisCover adalah satu pelan yang dihasilkan dengan teliti untuk melindungi anda dan orang tersayang daripada krisis kewangan sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku. Penyakit-penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, penyakit arteri koronari, strok, kegagalan buah pinggang, penyakit hati kronik adalah antara penyakit-penyakit berkaitan yang dilindungi, serta kehilangan nyawa dan hilang upaya penuh dan kekal.
Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil perlindungan tambahan untuk mengukuhkan lagi tahap perlindungan anda.
PruBSN CrisisCover. Bantuan di saat anda paling memerlukannya.
Bagaimana PruBSN CrisisCover membantu anda
Apakah yang boleh dilakukan untuk mempertingkatkan PruBSN CrisisCover anda?
Anda boleh mempertingkatkan manfaat-manfaat PruBSN CrisisCover anda untuk melindungi anda daripada kehilangan pendapatan menerusi pilihan-pilihan berikut dengan sumbangan tambahan.
Siapakah yang boleh mengambil PruBSN CrisisCover?
- Anda boleh mengambil pelan ini seawal usia 19 tahun pada lahir akan datang selagi anda belum mencapai usia 65 tahun pada tarikh hari lahir akan datang.
- Andajuga boleh mula melindungi anak anda seawal usia 30 hari.
Berapakah sumbangan bagi PruBSN CrisisCover?
- Umur anda
- Jumlah dan tempoh perlindungan anda
- Status kesihatan anda Status kesihatan anda
- Jantina anda
- Kaedah pembayaran anda
- Kekerapan pembayaran anda sama ada bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan
Bagaimanakah PruBSN CrisisCover melindungi anda?
PruBSN CrisisCover adalah berlandaskan model Wakalah Mudharabah yang mana kami memasukkan sumbangan anda ke dalam akaun anda setelah kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini merupakan yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan. Mudharabah membolehkan anda berkongsi sebarang keuntungan pelaburan daripada akaun anda dan dana Tabarru’. Anda akan menerima 80% daripadakeuntungan tersebut manakala kami pula akan menerima 20% daripadanya. Bahagian anda akan dimasukkan semula ke dalam akaun anda dan dana Tabarru’.
Butir-butir tentang caj Wakalah dan caj-caj lain yang berkaitan disenaraikan di dalam jadual di bawah.
Apakah yang tidak dilindungi di bawah PruBSN CrisisCover?
PruBSN CrisisCover tidak melindungi situasi-situasi berikut. Sekiranya salah satu daripada situasi berikut berlaku, manfaat-manfaat yang ditawarkan di bawah pelan ini tidak akan dibayar kepada anda.
- Jika tanda-tanda penyakit kritikal dilihat di dalam tempoh yang dinyatakan dari tarikh permulaan sijil* ( 60 hari bagi serangan jantung, penyakit jantung arteri koronari yang memerlukan pembedahan, kanser atau penyakit-penyakit jantung arteri koronari serius lain. 30 hari bagi penyakit-penyakit kritikal yang lain)
- Jika penyakit kritikal tersebut merebak daripada keadaan yang telah wujud sebelum ini.
- Jika penyakit kritikal tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh AIDS yang diperolehi atau sebarang jangkitan HIV, kecuali AIDS yang menyeluruh atau disebabkan oleh pemindahan darah.
- Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri di dalam tempoh setahun dari tarikh permulaan sijil.
- Jika berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan percubaan membunuh diri dan kecederaan akibat perbuatan sendiri.
- Jika hilang upaya penuh dan kekal terjadikerana anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan.
- Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti sebarang penyakit yang telah anda hidapi sebelum ini dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini.
Nota Penting:
- Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad. Sila rujuk kepada dokumen-dokumen sijil untuk maklumat terperinci.
- Risalah ini diterbitkan semata-mata untuk maklumat dan tidak berkaitan dengan matlamat-matlamat kewangan, situasi dan keperluankeperluan tertentu bagi mana-mana individu tertentu.
- Anda berhak mendapat pelepasan cukai individu dari segi sumbangan anda sehingga RM6,000 setahun apabila anda mengambil bahagian di dalam pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Pulangan daripada akaun anda akan ditentukan berdasarkan prestasi sebenar akaun tersebut dan tidak dijamin.
- Risiko pelaburan akaun anda akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan, manfaat-manfaatnya mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun.
- Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga penghujung tempoh perlindungan anda untuk memastikan anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan membuat pembayaran ini mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.
- PruBSN CrisisCover tidak menyediakan sebarang jumlah manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil.
- Pelan ini boleh dibatalkan melalui permintaan bertulis kepada kami di dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penghantaran dokumendokumen sijil, yang mana kami akan membayar balik sumbangan yang diterima daripada anda selepas ditolak sebarang caj pemeriksaan perubatan yang dikenakan semasa menilai risiko di bawah sijil.
- Mengambil bahagian di dalam pelan takaful keluarga adalah satu komitmen jangka panjang. Penamatan awal sijil selalunya melibatkan kos-kos yang tinggi dan nilai serahan yang akan dibayar kepada anda mungkin kurang daripada jumlah sumbangan keseluruhan yang telah anda bayar.
Utk proposal berapakah kelayakan anda utk di lindungi.
Sila Call/sms/what apps:- 011 27697253 @ emelkan ke alizaprubsn@gmail.com
Nama Penuh
Alamat
No Phone
Tarikh Lahir
Jantina
Adakah Anda Merokok?
Pekerjaan/Jawatan
Budget Bulanan
Polisi Pilihan
Tarikh Appointment (cadangan nak berjumpa saya)
Anda akan dpt balasan dlmmasa 24jam
Sila Call/sms/what apps:- 011 27697253 @ emelkan ke alizaprubsn@gmail.com
Nama Penuh
Alamat
No Phone
Tarikh Lahir
Jantina
Adakah Anda Merokok?
Pekerjaan/Jawatan
Budget Bulanan
Polisi Pilihan
Tarikh Appointment (cadangan nak berjumpa saya)
Anda akan dpt balasan dlmmasa 24jam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan