Saya nak share sebuah cerita yang mungkin boleh memotivasikan atau memberi panduan kepada anda. Harap anda dapat baca kisah ni sehingga habis. Kisah ini adalah petikan wall post yang di share di Facebook yang terkesan di hati saya. Ianya berkenaan tempe.
Kisah ini berlaku di Indonesia, terdapat seorang wanita yang rezekinya memang bergantung pada menjual tempe semata mata. Untuk pengetahuan anda, wanita ini juga memang kuat beribadah
dan tak pernah tinggal solat malam (qiyamulail).
Disebabkan kesibukkan beribadat, suatu hari beliau terlambat siapkan tempe tersebut.Akibatnya, tempe yang sepatutnya dijual pada hari itu hanya separuh masak sahaja.
Lalu perempuan itu risau bagaimana dia ingin mendapatkan wang untuk hari tersebut untuk menyara keluarganya? Kerisaunnya hanya Allah sahaja yang tahu!
Apa yang beliau lakukan, beliau berserah sahaja pada Allah dengan berdoa sepenuh hati dan yakin dengan sesungguh-sungguhnya... "Ya Allah, kau bagilah tempe aku ini masak."
Dengan doa ringkas tersebut, dia terus mendapatkan tempenya yang dibalut dengan daun pisang dan dibukanya perlahan-lahan. Alangkah kecewanya, tempenya masih tak masak.
Dia masih tak berputus asa pada Allah, lalu sekali lagi menadah tangan dan berdoa pada NYA dengan lebih spesifik lagi. Pada beliau tadi mungin doa yang dipinta tu tak spesifik kot. So perempuan tersebut berdoa ...
"Ya Allah, engkaulah yang maha berkuasa atas
segala sesuatu. Tolonglah daku, kau jadikanlah
tempe ini masak selepas aku habis berdoa ini
sebab aku nak berniaga di pasar untuk anak-
anakku...tolong lah aku, Ya Allah"
Dengan penuh harapan dan hati yang berdebar-debar, dia membuka helaian daun pisang yang
menutup tempe itu. Alangkah terkejutnya, tempe tak masak juga...Adehhh macamana nak
buat ni...
Perempuan tersebut tak berputus asa dan percaya Allah akan menolongnya juga nanti
dan memang CONFIRM nanti tempenya akan masak juga.
Tanpa berfikir panjang, dia membulatkan tekad untuk terus ke pasar walaupun tempenya
masih belum masak. Dalam perjalanan ke pasar, dia tidak pernah berhenti untuk meminta dan
berzikir pada Allah. Harapannya menggunung tinggi!
Sampai sahaja di pasar, perempuan ini menghampar tikar dan mula menyusun tempenya.
Dia mengambil sebiji tempe dan mula membukanya dengan perlahan. Hatinya betul-betul yakin
kali ni, Allah takkan menghampakan aku. PASTI!
"Haaa??? Tak masak juga?" Alangkah terkejutnya perempuan itu, tempenya masih juga tak masak sampai sudah. Dia bersedih sendirian.
Kelihatan ramai peniaga lain yang menjual tempe satu per satu sudah mula berkemas
untuk pulang kerana masing-masing berjaya menjual kesemua tempe mereka.
Lama kelamaan pasar menjadi lengang dan perasaan perempuan tadi yang penuh harapan
kini semakin lemah dan berserah "mungkin ada hikamahnya ni".
Dengan perlahan dan rasa berat hati, dia mula mengemas. Ketika sedang berkemas, datang
seorang perempuan dan bertanya padanya...
"Makcik ada jual tempe tak masak?"
terkejut perempuan itu dan dalam tak percaya kerana selama dia meniaga di pasar tersebut,
tidak pernah sekalipun ada orang datang bertanyakan untuk membeli tempe yang tidak masak!
Yang paling BESTnya tempe beliau diborong habis kerana perempuan yang membeli ini ingin
menghantar tempe ini kepada anakya yang sedang belajar di London.
Begitulah hebatnya, kuasa Allah! Kadang-kadang kita fikir yang kita dah rancang yang TERBAIK, ketahuilah bahawa perancangnNYA jauh lebih hebat!
Moral of the story is, percayalah pada dirianda kerana setiap yang berlaku itu ada
hikmahnya yang pada akhirnya akan memberi kebaikkan yang kita tidak sangka.
Saya harap anda dapat sesuatu dari apa yang saya kongsikan ini.
Terima kasih kerana membaca :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika anda mahu tahu potensi kewangan & kekayaan terus kekal dan di warisi keturunan anda walaupun anda telah tiada di DUNIA ini, sila hubungi saya
~~ Aliza Ngah Rawi ~~
011 27697253
http://syariahmedikalkad.blogspot.com/
LIKE ☞ TAG ☞ SHARE ☞ http://www.facebook.com/LeezForLifeSuccess
Tiada ulasan:
Catat Ulasan