Ahad, 8 Jun 2014

Apabila kita jatuh sakit

Apabila kita jatuh sakit

 

Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang maLaikat :

✦ MaLaikat pertama akan mengambiL seLera makanan.
✦ MaLaikat kedua akan mengambiL rezeki.
✦ MaLaikat ketiga akan mengambiL kecantikan wajah (muka pucat).
✦ MaLaikat ke-empat akan mengambiL dosanya.


ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh maLaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi baLik apa yang diambiL oLeh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh maLaikat keempat supaya memberi baLik dosa hamba-Nya tersebut. .

# Lihatlah bertapa sayangnya ALLAH terhadap kita,

~Sebaknya bila mengenangkan kasih sayang Allah swt yang tiada tandingnya kepada kita semua..

Kenapa terlalu lewat apabila bersara nanti?

Kenapa terlalu lewat apabila bersara nanti?


Saya harap entri ini akan menjadi panduan kpd semua sahabat di luar sana ye. Ramai yang bertanya saya kenapakah premium bulanan mahal sedangkan usia semankin pendek?

Perkiraan adalah di atas beberapa faktor.

1) Bayaran bulanan adalah berdasarkan usia. Jika seseorang individu itu semankin berumur, ini bermakna, Premium (bayaran bulanan) akan menjadi tinggi dan mahal. Paling kurang RM500 sebulan.

2) Permohonan insurans/takaful juga berdasarkan status kesihatan semasa. Jika anda sudah disahkan oleh doktor menghidap penyakit kronik, kemunkinan besar permohonan anda akan ditolak.

Anda mungkin bersara sebagai jutawan dari duit simpanan atau KWSP tetapi tetapi tiada makna yang indah andai duit itulah yang akan anda gunakan sbg dana sakit anda yang munkin akan habis dalmmasa beberap bulan shj. Nah.....! Disinilah peranan Takaful. Biarkan kami membayar  segala bill hospital anda dan duit simpanan anda itu biarkan berganda dan anda  digunakan utk menikmati saat2 indah di hujung usia.

Percaya atau tidak?

***Saya telah berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas yang berjumpa saya untuk memiliki Perlindungan Takaful dan Medikal Kad. Jika mereka sihat memang tiada masalah dan di alu-alukan, tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti diabetes atau darah tinggi, permohonan mereka pasti akan ditolak. Bukan shj oleh kami malahan syarikat Takaful/Insuran yang lain.

Mengapa mereka ingin memiliki medical kad? Kerana mereka sedang dalam situasi menanggung bebanan membayar sebanyak RM30K - RM40k setahun untuk bil medikal mereka.
Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak ambil medikal kad?

Jawab mereka “Selama ini, segala bil klinikal, pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat mrk bekerja. Rawatan diabetes shj RM70K semua dibayar oleh syarikat. Mrk juga dlm keadaan yg selesa kerana tidak mengeluarkan kos langsung.

Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes tetap  ada dan perlukan rawatan berterusan.  Sekarang anda mempunyai masalah besar.

Anda tahu berapa kos perubatan di hospital swasta?

1. H1N1 – 3 hari – RM3400
2. Dialisis buah pingang – RM130 per sesi (13 sesi diperlukan sebulan)
3. Pembedahan salur darah tersumbat (Kolestrol)- RM90K
4. Denggi – 7 hari – RM4100

Jika anda mempunyai medical kad dari Prudential Bsn Takaful, semua di atas akan ditanggung sepenuhnya kerana  Prudential Bsn Takaful mempunyai  limit sehingga RM4Juta seumur hidup.

Nasihat saya... usah biarkan hidup anda di belenggu keperitan hidup.



Dapatkan quotation 100% free dari saya, cuma sertakan

Nama
Tarikh lahir
Pekerjaan
Merokok/tidak merokok


~ Aliza Ngah Rawi ~
011 27697253

Bagaimana Hendak Jadi Kaya?

Bagaimana Hendak Jadi Kaya?


Percaya atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah berpunca dari sebab sindrom ‘tak mahu  kaya’? Ok, apa maksud saya?

Maksud saya adalah, jauh di sudut minda kita, mempunyai apa yang dikatakan sebagai “penghalang kekayaan” dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.

Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering sebut, “Duit banyok pun tak boleh bawok kubo”  (sah orang Perak!) di alih lorat Perak menjadi “Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur”.  Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya raya, tamak, sombong dan bongkak. Di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah pula, kawan-kawan (dan saya juga- pengakuan!) sering mengejek ‘anak orang-orang kaya’.  “Eleh, tengok anak orang kaya tu… macam bagus!”

Tak membantu juga, apabila dewasa membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar putih terpapar meibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.

Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang kekayaan. Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu lebih memberi impak kepada pemikiran kita.

Keadaan ini akan membuatkan kita takut pada wang, tak mahu bercakap tentang wang, dan sehingga tidak mahu ambil tahu perihal pengurusan kewangan. Buktinya, tidak ramai yang membincangkan perihal kewangan dan matlamat kewangan bersama keluarga. Ada juga keluarga yang menganggap topik ‘wang’ sebagai seuatu yang pantang disebut!

sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/

~ Aliza Ngah Rawi~
011 27697253
http://syariahmedikalkad.blogspot.com

 



$$$$$

Cerita pasal TEMPE

CERITA PASAL TEMPE

Saya nak share sebuah cerita yang mungkin boleh memotivasikan atau memberi panduan kepada anda. Harap anda dapat baca kisah ni sehingga habis.   Kisah ini adalah petikan wall post yang di share di Facebook yang terkesan di hati saya. Ianya berkenaan tempe.



Kisah ini berlaku di Indonesia, terdapat seorang wanita yang rezekinya memang bergantung pada menjual tempe semata mata. Untuk pengetahuan anda, wanita ini juga memang kuat beribadah
dan tak pernah tinggal solat malam (qiyamulail).

Disebabkan kesibukkan beribadat, suatu hari beliau terlambat siapkan tempe tersebut.Akibatnya, tempe yang sepatutnya dijual pada hari itu hanya separuh masak sahaja.

Lalu perempuan itu risau bagaimana dia ingin mendapatkan wang untuk hari tersebut untuk menyara keluarganya? Kerisaunnya hanya Allah sahaja yang tahu!

Apa yang beliau lakukan, beliau berserah sahaja pada Allah dengan berdoa sepenuh hati dan yakin dengan sesungguh-sungguhnya... "Ya Allah, kau bagilah tempe aku ini masak."

 
Dengan doa ringkas tersebut, dia terus mendapatkan tempenya yang dibalut dengan daun pisang dan dibukanya perlahan-lahan. Alangkah kecewanya, tempenya masih tak masak.

Dia masih tak berputus asa pada Allah, lalu sekali lagi menadah tangan dan berdoa pada NYA dengan lebih spesifik lagi. Pada beliau tadi mungin doa yang dipinta tu tak spesifik kot. So perempuan tersebut berdoa ...

 "Ya Allah, engkaulah yang maha berkuasa atas
segala sesuatu. Tolonglah daku, kau jadikanlah
tempe ini masak selepas aku habis berdoa ini
sebab aku nak berniaga di pasar untuk anak-
anakku...tolong lah aku, Ya Allah"


Dengan penuh harapan dan hati yang berdebar-debar, dia membuka helaian daun pisang yang
menutup tempe itu. Alangkah terkejutnya, tempe tak masak juga...Adehhh macamana nak
buat ni...

Perempuan tersebut tak berputus asa dan percaya Allah akan menolongnya juga nanti
dan memang CONFIRM nanti tempenya akan masak juga.


Tanpa berfikir panjang, dia membulatkan tekad untuk terus ke pasar walaupun tempenya
masih belum masak. Dalam perjalanan ke pasar, dia tidak pernah berhenti untuk meminta dan
berzikir pada Allah. Harapannya menggunung tinggi!


Sampai sahaja di pasar, perempuan ini menghampar tikar dan mula menyusun tempenya.
Dia mengambil sebiji tempe dan mula membukanya dengan perlahan. Hatinya betul-betul yakin
kali ni, Allah takkan menghampakan aku. PASTI!


"Haaa??? Tak masak juga?" Alangkah terkejutnya perempuan itu, tempenya masih juga tak masak sampai sudah. Dia bersedih sendirian.


Kelihatan ramai peniaga lain yang menjual tempe satu per satu sudah mula berkemas
untuk pulang kerana masing-masing berjaya menjual kesemua tempe mereka.


Lama kelamaan pasar menjadi lengang dan perasaan perempuan tadi yang penuh harapan
kini semakin lemah dan berserah "mungkin ada hikamahnya ni".


Dengan perlahan dan rasa berat hati, dia mula mengemas. Ketika sedang berkemas, datang
seorang perempuan dan bertanya padanya...

 
"Makcik ada jual tempe tak masak?"

 
terkejut perempuan itu dan dalam tak percaya kerana selama dia meniaga di pasar tersebut,
tidak pernah sekalipun ada orang datang bertanyakan untuk membeli tempe yang tidak masak!

Yang paling BESTnya tempe beliau diborong habis kerana perempuan yang membeli ini ingin
menghantar tempe ini kepada anakya yang sedang belajar di London.


Begitulah hebatnya, kuasa Allah! Kadang-kadang kita fikir yang kita dah rancang yang TERBAIK, ketahuilah bahawa perancangnNYA jauh lebih hebat!
Moral of the story is, percayalah pada dirianda kerana setiap yang berlaku itu ada
hikmahnya yang pada akhirnya akan memberi kebaikkan yang kita tidak sangka.


Saya harap anda  dapat sesuatu dari apa yang saya kongsikan ini.
Terima kasih kerana membaca :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika anda mahu tahu potensi kewangan & kekayaan terus kekal dan di warisi keturunan anda  walaupun anda telah tiada di DUNIA ini, sila hubungi saya

~~ Aliza Ngah Rawi ~~
011 27697253
http://syariahmedikalkad.blogspot.com/ 
LIKE ☞ TAG ☞ SHARE ☞  http://www.facebook.com/LeezForLifeSuccess